Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak - Umur 3 tahun, umumnya kanak-kanak tahu bagaimana menggunakan 900
hingga 1,000 perkataan. Jumlah ini meningkat kepada 2,600 perkataan
apabila mencapai umur 6 tahun. Apabila kanak-kanak mula menjejakkan kaki
ke sekolah, perbendaharaan kata mereka bertambah dari semasa ke semasa
sehingga mencecah 80,000 perkataan. Perkembangan pesat bahasa ini
disumbangkan oleh kepesatan minda kanak-kanak mengingat makna perkataan
baru selepas mendengarnya bagi kali pertama atau bercakap sekali dua
dengan rakan-rakannya.
Walaupun kadang-kadang sebutan
sesuatu perkataan kurang tepat, ia diperbaiki dengan teguran dan
kekerapan bercakap dengan orang dewasa seperti ibu, bapa atau
adik-beradik saudara. Kanak-kanak mula bercakap menggunakan ayat yang
ringkas dan mudah. Jawapan mereka juga mudah dan singkat. Semakin lama
bercakap, mereka dapat memahami sebab dan akibat, kerana perkembangan
mental yang bertambah baik. Sebutan dan tatabahasa yang baik menjadikan
orang dewasa dapat memahami bahasa mereka. Jika tidak difahami, mereka
cuba menerangkannya dengan lebih jelas.
Perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dilihat daripada segi kemampuan menerima,
memahami dan melahirkan semula. Kemampuan ini berkembang beransur-ansur
mengikut masa saling berkait antara satu sama lain. Dengan perkembangan
bahasa yang semakin meningkat ini, kanak-kanak tersebut akan dapat
membuat huraian dengan lebih baik dan cekap dalam situasi perbualan. Perkembangan bahasa kanak-kanak bermula sejak kanak-kanak lahir iaitu
daripada tangisan pertama.
Sapir (1921:8)
mendefinisikan, bahasa adalah semata-mata suatu kaedah yang bukan naluri
untuk manusia menyampaikan idea, emosi, dan keinginan melalui ciptaan
simbol- simbol lahir secara sedar.
Crystal (1995),
mendefinisikan bahawa bahasa adalah satu penggunaan bunyi yang
sistematik dan konvensional (lambang atau simbol tulisan) untuk tujuan
komunikasi dan luahan perasaan. Memahami perkembangan bahasa
adalah penting kerana ia memudahkan proses pengajaran (Berk, 2001) dan
ia berkait rapat dengan kemahiran membaca dan menulis. Dengan
meningkatkan perkembangan bahasa, ia akan memudahkan pelajar mempelajari
konsep-konsep abstrak (Santrock, 2007).
PERKEMBANGAN BAHASA MENURUT BERBAGAI KOMPONEN
Perkembangan bahasa kanak - kanak dapat dilihat juga daripada pemerolehan bahasa mengikut komponen-komponennya.
Perkembangan Pragmatik - Perkembangan komunikasi anak sesungguhnya sudah dimulai sejak dilahirkan, pertama
dari tangisannya bila bayi merasa tidak nyaman, misalnya kerana lapar,
lampin basah. Dari sini bayi akan belajar bahawa ia akan mendapat
perhatian ibunya atau orang lain saat ia menangis sehingga kemudian bayi
akan menangis bila meminta orang dewasa melakukan sesuatu buatnya.
Pada
usia 3 minggu bayi tersenyum saat ada rangsangan dari luar, misalnya
wajah seseorang, tatapan mata, suara dan gelitikan. Ini disebut senyum
sosial. Usia 12 minggu mulai dengan pola dialog sederhana berupa suara
balasan bila ibunya memberi tanggapan. Usia 2 bulan bayi mulai
menanggapi ajakan komunikasi ibunya. Usia 5 bulan bayi mulai meniru
gerak-geri orang, mempelajari bentuk ekspresi wajah.
Pada
usia 6 bulan bayi mulai tertarik dengan benda-benda sehinga komunikasi
menjadi komunikasi ibu, bayi dan benda-benda. Usia 7-12 bulan anak
menunjuk sesuatu untuk menyatakan keinginannya. Gerak-geri ini akan
berkembang disertai dengan bunyi-bunyi tertentu yang mula konsisten.
Pada masa ini sampai sekitar 18 bulan, peranan gerak-geri lebih menonjol
dengan penggunaan satu suku kata.
Usia 2 tahun, anak
kemudian memasuki tahap sintaksis dengan mampu merangkai kalimat 2 kata,
bertindak balas terhadap pasangan bicaranya dan masuk dalam dialog
singkat. Anak mulai memperkenalkan atau merubah topik dan mulai belajar
memeliharaalur percakapan dan menangkap persepsi pendengar. Perilaku ibu
sebagai fasilitatif akan membantu anaknya dalam memperkenalkan topik
baru. Lewat umur 3 tahun, anak mulai berdialog lebih lama sampai
beberapa kali giliran.
Lewat umur ini, anak mulai mampu
mempertahankan topik yang selanjutnya dan mulai membuat topik baru.
Hampir 50 peratus kanak-kanak 5 tahun dapat mempertahankan topik melalui
12 kali giliran. Sekitar 36 bulan, terjadi peningkatan dalam keaktifan
anak berbicara memperoleh kesadaran sosial dalam percakapan. Ucapan yang
ditujukan pada pasangan bicara menjadi jelas, tersusun baik dan
teradaptasi baik untuk pendengaran.
Sebahagian besar
pasangan berkomunikasi dengan anak adalah orang dewasa, biasanya orang
tua. Saat anak mulai membangun jaringan sosial melibatkan orang di luar
keluarga, mereka akan memodifikasi pemahaman diri dan bayangan diri dan
menjadi lebih sedar akan lingkungan sosial. Persekitaran linguistik
mempunyai pengaruh bermakna pada proses belajar berbahasa. Ibu memegang
peranan dalam membangun dan mempertahankan dialog yang benar. Anak
berada pada fase mono dialog, percakapan sendiri dengan kemauan untuk
melibatkan orang lain. Monolog kaya dengan lagu, suara, kata-kata tak
bermakna, fantasi dan ekspresi perasaan.
Perkembangan Semantik
Kerana
faktor lingkungan sangat berperanan dalam perkembangan semantik, maka
pada umur 6-9 bulan anak telah mengenal orang atau benda yang berada di
persekitarannya. Leksikal dan pemerolehan konsep berkembang pesat pada
masa pra sekolah. Terdapat indikasi bahawa anak dengan kosa kata lebih
banyak dan lebih popular di kalangan teman-temannya.
Dianggarkan
terjadi penambahan 5 perkataan perhari di usia 1,5 sampai 6 tahun.
Pemahaman perkataan bertambah tanpa pengajaran langsung orang dewasa.
Terjadi strategi pemetaan yang cepat pada usia ini sehingga anak boleh
menyambung suatu kata dengan rujukannya. Pemetaan yang cepat adalah
langkah awal dalam proses pemerolehan leksikal. Selanjutnya secara
berperingkat anak akan mengertikan lagi maklumat-maklumat baru yang
diterima.